KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail hadir ke Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina MCA 2023 yang dianjurkankan di Dewan San Choon, Wisma MCA, di sini, pagi ini.
Selain itu, Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilihat turut hadir bagi memeriahkan majlis tersebut.
Kedatangan beliau pagi ini disambut baik Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong yang diiringi persembahan tarian singa.
Majlis berkenaan bermula kira-kira pukul 9.40 pagi dengan tetamu menggaul ‘Yee Sang’(salad campuran sayur-sayuran dan ikan) secara serentak sebagai simbolik sambutan perayaan tersebut.
Turut hadir memeriahkan sambutan beberapa pimpinan parti politik dan anggota Kabinet Kerajaan Perpaduan. – KOSMO! ONLINE