fbpx

Aliran trafik perlahan, warga kota bercuti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan trafik perlahan dari arah MRR2 ke Plaza Tol Gombak susulan pertambahan kenderaan sejak pagi tadi. GAMBAR TWITTER LLM

PETALING JAYA – Aliran trafik dilaporkan perlahan dari arah Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) ke Plaza Tol Gombak susulan pertambahan kenderaan sempena cuti sekolah dan Tahun Baru Cina.

Tinjauan padaTwitter rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memberitahu, keadaan lalu lintas yang perlahan menuju Lebuh Raya Kuala Lumpur – Karak bermula sejak pukul 9.40 pagi tadi.

Dalam masa sama, trafik turut dilaporkan perlahan dari arah Simpang Renggam ke Ayer Hitam sejak pukul 9.44 pagi tadi, seperti yang dimaklumkan pada Twitter Plus Trafik.

Selain itu, Lebuhraya Pantai Timur pada Facebook pula melaporkan, kesesakan kira-kira 1.2 kilometer dari Km 47.6 hingga ke lokasi kemalangan yang dilaporkan di Km 48.9 arah timur (Bukit Tinggi – Lentang). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI