KUALA LUMPUR – Semua pihak diminta untuk segera menghentikan budaya serta fahaman ‘masuk politik untuk kaya’, tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, beberapa ketetapan sudah diberikan kepada barisan Kabinet dan jika ingin kestabilan perlu menghindarkan diri daripada rasuah bagi mendapat kepercayaan rakyat.
“Kalau nak kaya, kena berniaga dan jadi ahli perniagaan. Kalau nak jadi menteri dan jadi kaya, mereka kena keluar sebagai menteri.
“Sebab kalau orang masuk politik dan nak jadi kaya, negara akan rosak,” katanya, hari ini.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, hari ini.
Turut hadir isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Sains dan Teknologi, Chang Lih Kang dan Presiden Gerakan, Datuk Seri Dominic Lau. – KOSMO! ONLINE