fbpx

6 maut dalam kemalangan dua kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN kereta Perodua Myvi yang terlibat dalam kemalangan sehingga meragut enam nyawa di Batu 13, Jalan Kahang-Mersing, Kluang hari ini.

KLUANG – Enam maut apabila kereta Perodua Myvi yang dinaiki terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Honda Stream di Batu 13, Jalan Kahang-Mersing di sini, petang hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 4.30 petang itu, mangsa yang maut dikenali sebagai Masrina Kahdar, 21, Mohd. Aidil Abdul Kadir, 23.

Turut maut ialah Muhammad Zhafrah Noramin, 16 dan adiknya, Muhammad Syakir, 11, serta Mohammad Asyraf Radiq Abdullah, 11, manakala seorang lagi mangsa maut belum diketahui.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kluang, Pegawai Bomba Kanan II Mohd. Shamsul Amri Mohd. Shahab berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan 4.40 petang.

“Sembilan anggota bersama dua jentera dikejarkan ke lokasi kejadian dan sejurus sampai di tempat kejadian didapati benar berlaku kemalangan membabitkan dua buah kenderaan.

“Pasukan Keluar Operai (PKO) menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan seorang mangsa yang menaiki Honda Stream yang terperangkap.

“Manakala kesemua mangsa yang lain telah dikeluarkan orang awam sebelum PKO sampai di lokasi,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Shamsul berkata, tiga mangsa yang berusia 10 hingga 53 tahun menaiki Honda Stream mengalami kecederaan.

Ujarnya, kesemua mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Manakala mangsa yang cedera pula dikejarkan ke Hospital Kluang untuk rawatan lanjut.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI