fbpx

188,000 askar Russia terkorban, cedera, sejak perang bermula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang askar Russia berkawal di hadapan sebuah bangunan apartmen di Volnovakha, wilayah Donetsk pada 11 April 2022. - AFP

MOSCOW – Jumlah askar Russia yang mati atau cedera akibat perang dengan Ukraine sejak 24 Februari tahun lalu kini mencecah 188,000 orang, demikian menurut maklumat perisikan Amerika Syarikat (AS) seperti dilaporkan akhbar The Sun kelmarin.

Berdasarkan maklumat sama, sebanyak 2,000 kereta kebal milik tentera Russia dianggarkan telah dimusnahkan atau ditawan oleh askar Ukraine dalam tempoh 331 hari.

Angka terbaharu itu dikongsikan pada sidang kemuncak Barat di Pangkalan Udara Ramstein, Jerman, Jumaat  lalu.

Ia merupakan peningkatan ketara berbanding anggaran awam bahawa seramai 100,000 askar Russia terbunuh, cedera atau meninggalkan perkhidmatan tentera sejak pencerobohan berlaku pada Februari tahun lalu seperti digariskan oleh Setiausaha Pertahanan Britain, Ben Wallace sebelum ini.

Jeneral tertinggi AS, Mark Milley berkata, Russia mengalami bilangan kemalangan jiwa dalam kalangan askarnya dalam jumlah besar tetapi tidak mendedahkan angka yang tepat secara terbuka.

“Mereka (tentera Russia) benar-benar menderita. Saya akan katakan dengan ketara iaitu lebih 100,000 orang,” kata Milley. 

Sebagai perbandingan, Moscow sebelum ini mendakwa ia kehilangan 15,000 askar ketika pendudukan Soviet di Afghanistan sepanjang era 1980-an. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI