fbpx

Wanita 20 tahun, kahwin kali kedua dengan lelaki 70-an

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang dimuat naik oleh Nik di akaun TikToknya.

PETALING JAYA – Cinta tidak mengenal usia apabila seorang wanita berusia 20 tahun sudi menjadi isteri kepada lelaki yang berusia lingkungan 70-an.

Wanita tersebut yang dikenali sebagai Nik, memuat naik video di akaun TikToknya @nik.164 bersama suaminya yang juga merupakan perkahwinan kedua.

“Suami pertama dah meninggal sakit dada. Mak tiri Nik cakap ada orang datang rumah nak jumpa.

“Lepas mama cakap lelaki tu berumur, Nik tak cakap apa sebab Nik sayang warga emas. Mama cakap dia sudah ada kereta dan rumah sendiri, Nik pun gembira senang nak bawa Nik pergi jalan-jalan,” tulisnya di dalam video tersebut.

Jelas Nik lagi, padanya umur bukanlah penentu kebahagiaan kerana dirinya kini sangat gembira dengan rumah tangga dibina bersama suaminya itu.

Sehingga kini video tersebut telah mendapat 1.2 juta tontonan, 33,509 tanda suka dan 4,156 perkongsian.

Menjengah ke ruangan komen, Kosmo! mendapati ramai yang kagum dengan Nik kerana dapat menerima suami yang lebih berumur sekali gus mendoakan kebahagiaan pasangan tersebut.

“Wanita yang sangat kuat, saya doakan awak mendapat syurga Firdaus, semoga sabar dan tabah menjadi seorang isteri, jangan peduli apa orang kata,” komen Nurul.

“Jodoh itu rahsia Allah, semoga adik Nik terus bahagia, pedulikan kata-kata orang,” komen pengguna yang lain pula. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI