PETALING JAYA – Aliran trafik dilaporkan masih dalam keadaan perlahan di beberapa lebuh raya utama seperti Lebuh Raya Utara-Selatan dan Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) sempena Tahun Baharu Cina.
Lembaga Lebuh Raya Malaysia menerusi laman Facebook melaporkan, di Lebuh Raya Utara-Selatan PLUS @ E1, trafik perlahan bermula dari Utara Lembah Beringin ke kawasan rehat dan rawat (R&R) Ulu Bernam dan Slim River ke Sungkai.
“Trafik juga perlahan dari Tapah ke Gopeng, R&R Sungai Perak ke Kuala Kangsar dan Changkat Jering ke Taiping (U).
“Kenderaan turut bergerak perlahan dari Jawi ke Sg. Bakap dan Persimpangan Sg. Dua ke Plaza Tol Sungai Dua,” katanya.
Sementara itu, di Lebuh Raya Kuala Lumpur – Karak (KLK), trafik dilaporkan perlahan dari Arah Timur Hentian Rehat Gombak ke Genting Sempah dan Bukit Tinggi ke Lentang. – KOSMO! ONLINE