fbpx

Syafiq Kyle, Mimi Lana tunggu masa bernikah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SYAFIQ KYLE dan kekasih, Mimi Lana masing-masing berkongsi foto mereka sepertinya sudah mengikat tali pertunangan apabila jari manis perempuan disarungkan cincin. - INSTAGRAM.

PETALING JAYA – Pasangan selebriti popular, Syafiq Kyle dan Mimi Lana menunggu masa untuk mengikat status sebagai suami isteri.

Syafiq atau nama sebenarnya, Mohd. Syafiq Shamim Abdul Razak menerusi Instagram berkongsi beberapa keping gambar dirinya menyarungkan cincin yang difahamkan simbol pertunangan di jari manis kekasihnya itu.

Counting days (tunggu masa). 1 2 3 actions (beserta emoji sebentuk cincin),” tulis Syafiq, 31, sebagai kapsyen foto berkenaan.

Sementara itu, Mimi, 28 juga memuat naik sekeping foto jari manisnya disarungkan sebentuk cincin dan tagging atau penandaaan akaun Instagram Syafiq.

One step closer (satu langkah ke hadapan), insya-Allah. Alhamduillah,” coret pemilik nama lengkap Mimi Rozaiana Zainal Abidin itu.

Sebelum ini, Syafiq memberi tahu Kosmo! Online bahawa tahun 2023 adalah tahun dirinya bakal menamatkan zaman bujang.

“Pertama, saya nak kahwin. Dengan berkahwin, itu akan membahagiakan orang tua saya. Insya-Allah tolong doakan jodoh saya segera berakhir di jenjang pelamin,” ujarnya.

September lalu, Syafiq yang cukup dikenali menerusi drama rantaian Nur itu mengakui ada perancangan untuk mendirikan rumah tangga namun perincian lanjut akan diumumkan dari semasa ke semasa.

Untuk info, pasangan itu mula berkongsi tentang hubungan istimewa mereka sekitar tahun 2019.

Bagaimanapun, sekitar Mei 2020, hubungan mereka dikatakan putus sebelum kembali terjalin beberapa bulan kemudian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI