fbpx

Siti Sairah ‘campuran’ Bonda Hetty, Siti Nurhaliza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAYA Siti Sairah (kanan) persis Hetty Koes Endang dan Siti Nurhaliza.

PENYANYI Siti Sairah baru-baru ini mencuri perhatian ramai apabila penampilannya pada konsert kelima Famili Duo minggu lalu dikatakan mirip Hetty Koes Endang.

Tampil berbaju kebaya berwarna ungu dan bertudung ala-ala Hetty, gaya Sairah itu membuatkan ramai tidak kering gusi dibuatnya.

Masakan tidak, aksinya ketika menyampaikan lagu Kereta Malam nyanyian asal Elvy Sukaesih bersama kakaknya, Siti Saidah memang menggamatkan konsert tersebut sehingga dinobatkan sebagai juara mingguan.

Kebanyakan penonton yang terhibur memuji persembahan mereka malah ada yang menyifatkan wajah Sairah adalah campuran Hetty dan Datuk Seri Siti Nurhaliza.

“Comel Sairah dengan gaya tudung begitu. Siti Nurhaliza campur Hetty,” puji netizen.

Bukan sahaja penonton, Siti turut terhibur dengan kemeriahan persembahan adik-beradiknya pada malam tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI