fbpx

Sejuk menggigil, suhu di Baling, Sik 18 darjah Celsius

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang penduduk dan anak saudaranya memakai baju tebal sebelum keluar ke Pekan Baling semalam.

SIK – Suhu sejuk sehingga 18 darjah Celsius melanda beberapa kawasan di daerah ini dan Baling sejak seminggu lalu.

Keadaan itu menyebabkan penduduk di dua daerah tersebut terpaksa memakai baju tebal walaupun di siang hari. Selain itu, haiwan juga terpaksa berhimpit akibat kesejukan.

Pemilik Pusat Santuari Pembiakan Landak Raya, Mahadzir Abdul Hamid berkata, pada awalnya cuaca tidak begitu sejuk, namun lama-kelamaan bertambah sejuk sehingga mence­cah 18 darjah Celsius.

Suhu semakin sejuk apabila cuaca hujan. Ia bermula pada pukul 6.45 petang hingga ke te­ngah malam dan awal pagi.

“Keadaan itu menyebabkan haiwan ternakan saya seperti landak raya, ayam, burung, ar­nab terpaksa berhimpit.

“Di Pusat Santuari Landak ini, tabiat haiwan agak berlainan dari hari biasa. Selain berhimpit, ia menjadi kurang aktif. Jika dipasang lampu, haiwan-haiwan itu akan mengelilinginya untuk mendapatkan haba.

Binatang peliharaan berhimpit ekoran suhu sejuk di Sik semalam.

“Jika cuaca sejuk, haiwan ternakan juga akan cepat lapar dan kuat makan,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Menurut Mahadzir, kea­daan suhu terlalu sejuk itu juga membataskan pergerakan penduduk dan mendatangkan risiko kepada mereka yang mempunyai masalah kesihatan seperti asma selain warga emas.

Jelasnya, penduduk turut mengenakan pakaian yang tebal jika hendak keluar rumah atau bersiar-siar pada waktu malam.

Mahadzir yang juga Pengerusi Bridged Sukarela Yayasan Jariah Malaysia juga perlu bersiap sedia menerima panggilan kecemasan daripada penduduk.

keadaan berkabus disebabkan suhu sejuk yang melanda daerah Sik ketika ini.

Sementara itu, penduduk kampung, Ismail Abdullah, 56, dari Baling berkata, suhu sejuk memberikan rezeki buatnya kerana pengeluaran susu getah meningkat.

Salmiah Bulat, 72, dari Sungai Petani pula memberitahu, dia berpeluang merasai suhu sejuk sehingga 21 darjah Celsius se­perti di Cameron Highland, Pahang apabila mengunjungi rumah saudaranya di Baling.

“Di Sungai Petani, memang tidak dapatlah untuk merasai suasana sejuk sebegini.

“Hendak ambil wuduk pada waktu pagi pun tangan terketar-ketar.

“Keadaan sejuk di sini memang luar biasa, jika hendak mandi pada waktu petang perlu dicampur dengan air panas, baru selesa,” katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Meteorologi Kedah, Muhammad Khalil Abdul Aziz berkata, cuaca sejuk terutama di Sik dan Baling ketika ini adalah perkara biasa apabila negeri utara berada pada fasa kedua

Monsun Timur Laut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI