fbpx

Paris bandar raya paling berkuasa di dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Paris merupakan bandar raya yang paling berkuasa untuk pelancongan pada tahun lalu. - Foto AFP

LONDON – Satu indeks baharu yang dikeluarkan Majlis Pelancongan dan Pengembaraan Dunia (WTTC) menobatkan Paris sebagai bandar raya paling berkuasa di dunia untuk sektor pelancongan, lapor stesen penyiaran CNN kelmarin.

WTTC, sebuah badan industri pelancongan bukan berasaskan keuntungan yang berpangkalan di Britain menganalisis data pelancongan dari tahun 2022 untuk melihat lokasi para pelancong membelanjakan wang yang paling banyak.

Senarai keseluruhan bandar pelancongan yang paling berpengaruh itu bukan sahaja mengambil kira harga tiket muzium dan bilik hotel, bahkan faktor-faktor lain seperti jumlah pelaburan daripada kerajaan dan perniagaan tempatan bagi menjadikan bandar-bandar tersebut sebagai destinasi tarikan pelancong. 

Contohnya, Paris yang menduduki tempat teratas sedang bersedia untuk menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Musim Panas pada 2024 walaupun kurang lima peratus daripada kemudahan baharu untuk sukan tersebut akan dibina.

Namun, kota raya itu menggunakan sumber-sumbernya untuk melabur dalam bidang infrastruktur, keselamatan dan lain-lain yang akan membantu membolehkannya bersedia untuk menjadi tuan rumah temasya sukan peringkat dunia tersebut.

Selain itu, dua negara lain yang masing-masing diwakili oleh tiga bandar raya tersenarai dalam 10 tempat teratas indeks WTTC adalah Amerika Syarikat (AS) dan China.

Beijing menduduki tangga kedua dan diikuti dengan Orlando (AS), Shanghai (China), Las Vegas (AS), New York (AS), Tokyo (Jepun), Bandar Raya Mexico (Mexico), London (Britain) dan Guangzhou (China).

Selain menjana pendapatan tinggi daripada aktiviti pelancongan, setiap bandar raya itu berjaya memenuhi pelbagai segmen pengembara.

Contohnya, Orlando popular dalam kalangan keluarga yang ingin melawat taman tema selain Las Vegas merupakan hab perjudian dan hiburan malam terkenal di peringkat antarabangsa.  New York pula menarik minat para penggemar makanan dan seni.

Bagi tahun 2023, WTTC meramalkan China akan mendominasi kedudukan indeks tersebut.

“Bandar raya utama seperti London, Paris dan New York akan kekal sebagai pusat kuasa global tetapi dalam beberapa tahun akan datang, kedudukan Beijing, Shanghai serta Macau akan meningkat dalam senarai destinasi bandar raya utama,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif WTTC, Julia Simpson.

Walaupun Dubai di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) yang penuh dengan kemewahan dan Doha, Qatar menjadi tuan rumah Piala Dunia 2022 telah mendahului senarai dari segi jumlah pendapatan pelancongan yang paling banyak, kedua-dua bandar raya itu tidak mendapat markah tinggi dalam kategori lain dan berakhir di luar kedudukan 10 teratas.

Bandar raya Amsterdam, Barcelona dan Singapura turut menjadi ‘mangsa’ fenomena yang sama dengan mendapat markah tinggi untuk jumlah wang dibelanjakan oleh para pelawat tetapi tidak berada dalam senarai ‘paling berkuasa’ dari segi pelancongan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI