fbpx

Lelaki bawa pistol, bom di hospital bersalin diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis melakukan siasatan selepas seorang lelaki ditangkap di luar Hospital St. James, Leeds semalam. - Ben Lack-YappApp

LONDON – Seorang lelaki diberkas atas dakwaan melakukan keganasan selepas dia disyaki membawa sepucuk pistol dan bom di luar unit bersalin sebuah hospital di Britain, lapor akhbar The Sun semalam.

Skuad pemusnah bom dan pakar tentera Britain menyerbu Hospital St James, Leeds kira-kira pukul 5 pagi (waktu tempatan) semalam sebelum menahan suspek yang berusia 27 tahun kerana disyaki melakukan kesalahan menggunakan senjata api dan bahan letupan.

Anggota pihak berkuasa turut menemui bahan letupan buatan sendiri di dalam kereta berhampiran hospital tersebut. Sumber mendakwa peranti gaya periuk tekanan sama seperti yang digunakan dalam serangan pengganas di Manchester Arena pada 2017 ditemui di dalam kenderaan itu.

Kejadian itu diketahui pada pagi semalam apabila pesakit-pesakit dipindahkan dan diarah menjauhi tingkap hospital.

Suspek juga ditahan kerana disyaki mencetuskan kebimbangan, menyediakan atau menghasut tindakan keganasan, kata pasukan Polis Anti-Keganasan Timur Laut Britain.

Bagaimanapun, ketua unit tersebut, Superintendan Jim Dunkerley berkata: “Ia dianggap sebagai insiden terpencil dan tiada bukti yang menunjukkan terdapat sebarang risiko yang meningkat atau berterusan kepada orang ramai.” – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI