fbpx

Kilang tayar punca ‘hujan’ debu hitam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota JAS membuat pemeriksaan di sebuah kilang tayar yang disyaki menyebabkan pencemaran di Kota Tinggi baru-baru ini.

KLUANG – Operasi sebuah kilang tayar terpakai di Batu 26 Kahang di sini didakwa menjadi penyebab penduduk di beberapa buah kampung berdekatan berhadapan dengan masalah ‘hujan’ debu hitam dan bau busuk hampir setiap malam sejak dua bulan lalu.

Antara kawasan penempatan yang berhadapan masalah ini adalah Kampung Sri Lukut, Kampung Temigol, Kampung Orang Asli Sri Tanjung dan Kampung Orang Asli Sungai Peroh melibatkan kira-kira 2,000 penduduk.

Penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Osman, 47, berkata, kewujudan kilang itu hanya disedari oleh pihaknya beberapa hari lalu, namun dianggarkan sudah mula beroperasi kira-kira dua bulan.

Dakwanya, kilang yang dibina kira-kira lapan kilometer dari jalan utama (Kluang-Mersing) dan berhampiran Sungai Kahang ini dipercayai adalah kilang sama pernah beroperasi di Batu 11 serta pernah diambil tindakan oleh pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Johor.

“Kebiasaannya bau busuk dapat dihidu dan hujan debu hitam berlaku waktu malam kerana kesannya dapat dilihat pada pa­kaian atau kereta yang diletakkan di luar rumah.

“Namun apa yang menghairankan adalah tiada mana-mana pihak di Kahang ini mengambil tindakan ke atas masalah ini seolah-olah seperti menutup mata dengan kewujudan kilang itu,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Sehubungan itu, Osman mengharapkan pihak JAS dapat mengambil tindakan segera kerana ianya melibatkan kesan tidak baik bukan hanya kepada penduduk, namun dikhuatri juga mampu merosakkan kualiti air sungai sekiranya ada pelepasan sisa.

Seorang lagi penduduk, Rosman Ahmad, 55, berkata, premis tersebut dibina di atas tapak kilang kayu yang sudah lama tidak digunakan dan kedudukannya agak jauh ke dalam mungkin menjadi punca tidak disedari oleh pihak berkuasa tempatan.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor, Mohd. Famey Yusoff berkata, tindakan serta-merta diambil dengan mengenakan Penahanan Operasi Kelengkapan supaya pihak kilang menghentikan aktiviti itu.

Katanya, pihak berkuasa tempatan dan pejabat tanah daerah juga telah dimaklumkan untuk tindakan selain membuat laporan polis bagi tujuan rujukan dan tindakan dari semasa ke semasa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI