fbpx

Kacaknya Sharnaaz, dah macam mafia filem Turki!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAYA ala mafia Sharnaaz Ahmad menuai perhatian ramai peminat.

HADIR ke mahkamah kerana kes jenayah ‘pukul orang’ tetapi lain pula yang menjadi bahan bualan ramai.

Itu yang berlaku kepada pelakon Sharnaaz Ahmad apabila membuat kemunculan di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada Rabu lalu sehingga menjadi bahan bualan netizen.

Kata segelintir netizen, gaya Sharnaaz saling tidak tumpah seperti watak ketua mafia dalam filem Turki.

Tidak cukup dengan itu, aktor berusia 37 tahun itu dipuji kacak oleh sesetengah netizen wanita.

“Terbayang Sharnaaz jalan begini ketika pergi ke sekolah untuk ambil kad laporan anaknya, Jebat Jayden,” seloroh netizen.

“Pengarah tolonglah ambil dia berlakon pegang watak mafia seperti drama Turki. Memang sesuai sangat!” kata seorang lagi pengguna TikTok.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI