fbpx

Fasha Sandha, Aidil Aziz tunai umrah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FASHA dan Aidil selamat berangkat ke Tanah Suci semalam.

PETALING JAYA – Selepas empat tahun bergelar suami isteri, hasrat pelakon Aidil Aziz untuk membawa isterinya, dramatis terkenal Fasha Sandha menunaikan umrah akhirnya termakbul.

Pasangan itu selamat berangkat ke Tanah Suci semalam berdua tanpa membawa anak-anak mereka mahupun ahli keluarga lain.

Sebelum berangkat, Fasha dan Aidil sempat berkongsi gambar dan video di lapangan terbang sambil menyelitkan doa agar urusan mereka dipermudahkan di sana.

“Dengan rasa rendah diri, saya Nur Fasha Sandha dan Mohd. Aidil Abdul Aziz ingin memohon jutaan kemaafan atas segala kesalahan. Mohon halalkan makan minum kami,” tulis Fasha.

Difahamkan, Aidil sudah lama berhasrat membawa Fasha menunaikan umrah tetapi niat tersebut terhalang disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semasa fasa pandemik beberapa tahun lalu.

Aidil, 35, pada masa sama turut memohon kemaafan atas segala kesalahan dan meminta semua peminat mendoakan kesihatannya serta isteri.

Perkongsian kedua-dua pasangan selebriti popular itu dibanjiri komen peminat dan ramai rakan artis yang mendoakan kesejahteraan mereka sepanjang menunaikan umrah.

“Selamat perjalanan pergi balik. Semoga mendapat umrah yang mabrur,” tulis Alif Satar.

“Semoga diberi kesihatan yang baik, diterima segala ibadah dan mendapat umrah yang mabrur,” komen Beto Kusyairy.

Fasha dan Aidil mengikuti kursus menunaikan ibadah umrah pada 8 Januari lalu sebagai persediaan ke Tanah Suci.

Untuk rekod, Fasha dan Aidil berkahwin pada 28 Mac 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Aisha Amaira yang berusia dua tahun enam bulan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI