fbpx

Esra Venture jalin usaha sama penerbitan filem Brother Gun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Asmadie (kanan) bergambar selepas menandantangani perjanjian usahasama Penerbitan Filem 'Brother Gun' di Seremban semalam.

SEREMBAN – Syarikat Esra Venture Sdn. Bhd. menandatangani perjanjian usahasama dengan Eria Ventures Sdn. Bhd. dalam penerbitan filem Brother Gun yang diinspirasikan daripada kisah benar penghijrahan Datuk Abdullah Ghani Kassim dengan suntikan elemen perjuangan bangsa.

Menurut Pengarah Urusan Eria Ventures, Asmadie Mokhadar, filem arahan pengarah, Ario Sagantoro dijangka akan menampilkan pelakon popular, Remy Ishak sebagai watak utama.

Katanya, pra produksi filem itu akan bermula bulan Februari 2023 dan kemudian perbincangan dengan beberapa pelakon tanah air.

“Ini merupakan filem tempatan yang berpotensi pecah panggung dan berjaya menembusi pasaran antarabangsa.

“Penggambaran filem ini akan bermula Julai tahun ini dan dijangka ditayangkan pada tahun depan,” katanya pada sidang akhbar di D’tempat di sini semalam.

Tambahnya, selain itu penggambaran bukan sahaja di Malaysia tetapi beberapa negara luar termasuk Indonesia, Thailand dan Arab Saudi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI