fbpx

Burung disorok dalam lori disita Perhilitan Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian burung nuri dan kakak tua yang ditemui daripada dua buah lori di Kota Bharu, Kelantan, baru-baru ini. - Foto ihsan Perhilitan

PUTRAJAYA- Hasil pengintipan, pihak polis berjaya menahan dua buah lori yang menyeludup sejumlah unggas tanpa dokumen penyimpanan sah di Kelantan, baru-baru ini.

Menurut Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), dua individu warga tempatan turut ditahan agensi itu.

“Pemeriksaan mengejut ke atas lori di sebuah premis di daerah Kota Bharu pada Ahad minggu lalu, berjaya membongkar jenayah berkenaan apabila mereka juga gagal mengemukakan sebarang dokumen sah bagi penyimpanan beberapa spesies hidupan liar,” katanya hari ini.

Katanya, kejayaan Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) Zon Timur itu turut dibantu Cawangan Risik Batalion 7 dan juga Batalion 8 dari Pasukan Gerakan Am, Polis Diraja Malaysia.

“Antara unggas yang dirampas meliputi spesies White-bellied Parrot, Black-headed Parrot, Rose-ringed Parakeet, Yellow Ring-necked Parakeet dan Green-cheeked Parakeet.

“Kesemua burung jenis nuri dan kakak tua itu kemudian telah dibawa ke Pejabat Perhilitan Daerah Kuala Krai dan kes disiasat di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010,” jelasnya.

Pelaku yang sekiranya disabitkan kesalahan kerana menyimpan hidupan liar tanpa ada lesen boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau dihukum penjara tidak lebih dua tahun.

Bagi kesalahan memiliki spesies yang tertakluk di bawah permit khas pula boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI