fbpx

Ayda Jebat rancang hamil anak kedua selepas raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAHU hamil lagi selepas raya, Ayda Jebat enggan usia anak-anaknya terlalu jauh.

KUALA LUMPUR – Disebabkan faktor umur yang semakin meningkat, penyanyi Ayda Jebat merancang untuk hamil anak kedua selepas Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Menurut Ayda, 32, keputusan tersebut diambil kerana ingin mengelakkan jarak usia yang terlalu jauh antara anak-anaknya kelak.

“Insya-Allah saya merancang untuk hamil lagi selepas hari raya nanti, dapatlah timang cahaya mata tahun depan.

“Usia pun semakin bertambah dan kalau boleh tak mahu jarak usia antara anak terlalu jauh,” katanya kepada Kosmo! Online selepas majlis pelancaran kempen Salam Taiwan di sini semalam.

Pada masa sama, dia dan suami, Nabil Mahir juga menyasarkan untuk memiliki tiga orang cahaya mata dalam keluarga mereka.

“Tidaklah banyak tetapi memang sudah rancang untuk memiliki anak seramai dua atau tiga orang.

“Saya nak elak kerap bercuti panjang sebab ketika mengandung memang saya malas hendak bekerja,” ujarnya.

AYDA dan Nabila menimang cahaya mata pertama mereka, Ana Nayla pada September 2021.

Sementara itu, pelantun lagu Pencuri Hati itu enggan dilabel sebagai ibu bapa yang mengekploitasi anak demi mendapatkan wang.

Perkara tersebut cuba dielakkannya memandangkan sudah beberapa kali melibatkan Ana sebagai model dalam penggambaran bagi mempromosikan barangan bayi.

“Hendak kata saya terlalu terbuka, mungkin tidak sebab semuanya bergantung kepada jadual.

“Buat masa ini memang elak jadual yang begitu padat sekiranya penggambaran itu melibatkan anak. Tak mahulah dia rasa terlalu penat dengan kerja pada usia yang masih muda.

“Setakat ini dia baru terlibat dengan dua jenama produk berkaitan bayi dan kanak-kanak. Kami memang elak terima tawaran hanya demi mendapatkan wang semata-mata, kualiti produk juga dititikberatkan,” katanya lagi.

Sekadar info, Ayda mendirikan rumah tangga dengan Nabil pada 1 Januari 2021 dan dikurniakan anak pertama, Ana Nayla, 2, pada 21 September tahun yang sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI