fbpx

Amaran ribut petir di lapan negeri hingga tengah hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di lapan negeri ekoran ramalan hujan lebat berserta ribut petir dan angin kencang sehingga pukul 1.00 tengah hari ini.

MetMalaysia melalui laman sesawangnya memaklumkan, ramalan berkenaan melibatkan beberapa kawasan di negeri Kedah, Perak, Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Negeri Sembilan dan Sabah.

“Di Kedah melibatkan daerah Padang Terap, Sik dan Baling; Perak di Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim dan Pahang di Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran dan Bera.

“Manakala, di Selangor daerah terlibat di Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang; seluruh WP Kuala Lumpur dan WP Putrajaya serta di Negeri Sembilan melibatkan Jelebu, Seremban dan Jempol,” katanya.

Turut menerima amaran tersebut, di Sabah dikawasan Pantai Barat (Ranau), Tawau (Tawau dan Kunak), Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan) dan Kudat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI