fbpx

Agong, Permaisuri zahir ucapan selamat Tahun Baharu Cina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poster yang dimuat naik di Facebook Istana Negara.

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan selamat menyambut Tahun Baharu Cina kepada rakyat Malaysia yang meraikannya.

Ucapan itu dibuat melalui satu hantaran di Facebook rasmi Istana Negara hari ini.

“Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan harapan semoga hari istimewa ini membawa keceriaan, kemakmuran, kesejahteraan dan keafiatan yang berpanjangan kepada mereka yang meraikannya.

“Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan harapan semoga sambutan perayaan kaum Cina sebegini akan terus mengukuhkan dan mengeratkan lagi perpaduan, semangat muhibah dan toleransi sesama rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI