fbpx

2.23 juta kenderaan guna lebuh raya utama hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemantauan keadaan lalu lintas JSPT bersama Unit Dron, Pasukan Gerakan Udara, PDRM di KM 367.3, Lebuh Raya Utara-Selatan di Slim River, Perak hari ini.

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjangkakan sebanyak 2.23 juta kenderaan dijangka memasuki lebuh raya utama hari ini.

Sehubungan itu, Unit Dron, Pasukan Gerakan Udara, PDRM diatur gerak bersama Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) dalam memantau keadaan lalu lintas di lokasi-lokasi hotspot sepanjang Op Selamat ke-19.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mat Kasim Karim berkata, Pasukan Dron PDRM telah tempatkan di sektor Utara, Timur dan Selatan.

“PDRM sentiasa komited dalam memastikan kelancaran lalu lintas untuk keselesaan dan keselamatan semua pengguna jalan raya.

“Pergerakan akan mula sesak apabila orang ramai telah mula pulang ke Pantai Timur, utara dan selatan dan kita jangkakan sebanyak 170,000 kenderaan di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak, 60,000 di Lebuh Raya Pantai Timur 1 manakala 2 juta kenderaan di Lebuh Raya Utara-Selatan akan berada di lebuh raya bermula hari ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya penggunaan Unit Dron juga akan memudahkan segala input disampai dengan pantas kepada petugas JSPT di lapangan agar segala tindakan diambil dengan segera.

Dalam pada itu, PDRM menyarankan pengguna jalan raya yang penat dan perlu berehat, berhenti di kawasan rehat dan rawat (R&R), hentian sebelah dan plaza tol di lebuh raya temasuklah bagi menunaikan solat atau ke tandas.

Ujarnya, kerjasama semua pengguna jalan raya dalam mematuhi undang-undang serta peraturan lalu lintas akan memastikan tiada tragedi berlaku di musim perayaan ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI