fbpx

Wanita ‘gila bayang’ dikenakan perintah larangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Felton tidak menerima kenyataan apabila teman lelakinya memutuskan hubungan. - Kelli McClintock/Unsplash

LONDON – Seorang wanita di Britain dikenakan perintah larangan selepas menghantar hampir 150 mesej teks dalam masa sehari kepada bekas teman lelakinya untuk cuba memulihkan hubungan, lapor laman berita Oddity Central.

Michelle Felton, 28, dilarang menghubungi Ryan Harley dalam apa cara sekalipun selama 18 bulan, selain diarah menjalani aktiviti khidmat masyarakat selama 18 bulan dan aktiviti pemulihan untuk 30 hari.

Felton didakwa mengganggu Harley dengan menghantar mesej teks dan menelefonnya lebih 1,000 kali selepas hubungan mereka diputuskan.

Walaupun jelas memberitahu Felton bahawa dia enggan mempunyai apa-apa hubungan, Harley mendakwa bahawa dia tetap dihubungi wanita itu selama 21 bulan.

“Antara tarikh 15 Februari dan 26 Februari 2022, Harley menerima bertubi-tubi mesej secara berterusan. Terdapat lebih 100 mesej setiap hari, panggilan tidak dijawab dan teks dihantar tanpa balasan.

“Felton menyatakan bahawa dia menyayangi Harley, namun dia ‘terluka’ kerana hubungan itu telah berakhir dan tidak mahu meneruskan hidup,” kata pendakwa raya, Arron Smith.

Mesej teks itu membuatkan Harley tidak selesa dan enggan berhubungan semula dengannya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI