PETALING JAYA – Aliran trafik dilaporkan sesak di Lebuh Raya Utara Selatan susulan pertambahan kenderaan seperti yang dijangkakan sebelum ini.
Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) menerusi laman Twitter memaklumkan, di PLUS@E1, terdapat kemalangan berlaku di Kilometer (KM) 267 arah Utara dari Ipoh Selatan ke Ipoh Utara sehingga mengakibatkan lorong kiri terhalang.
Katanya, trafik perlahan dari arah Utara di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Buloh ke Hospital Sungai Buloh, Bidor ke Tapah, Kuala Kangsar ke Bukit Berapit dan Juru ke Permatang Pauh.
“Sementara di PLUS@E2, kenderaan dilihat bergerak perlahan dari arah Utara Skudai ke Kulai dan Sedenak ke Hentian R&R Simpang Renggam.
“Seterusnya, arah Selatan, Hentian Pedas Linggi (SB) ke Hentian Pedas Linggi (NB),” jelas LLM. – KOSMO! ONLINE