fbpx

Tiada sekatan JPJ sepanjang Tahun Baharu Cina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aedy Fadly pada sidang media di Terminal Bas Bersepadu Selatan (TBS), Kuala Lumpur hari ini.

KUALA LUMPUR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak akan mengadakan sekatan jalan raya sepanjang Op Bersepadu dan Kempen Advokasi Keselamatan Jalan Raya Bersempena Tahun Baharu Cina bermula 18 hingga 28 Januari ini.

Tindakan tersebut diambil jabatan itu bagi memfokuskan kepada rondaan bersasar di lokasi yang sering berlaku kemalangan dan kawasan yang kerap pengguna jalan raya melakukan kesalahan jalan raya.

Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ, Aedy Fadly Ramli berkata, operasi yang bermula sejak Rabu lalu membabitkan 2,000 anggota di seluruh negara.

“Sebanyak 77 buah depoh dan 28 terminal bas utama seluruh negara akan diperiksa dengan mensasarkan pemeriksaan teknikal bas ekspres dan pemandu yang dibawah pengaruh dadah.

“Kita juga akan melaksanakan rondaan berkala sepanjang operasi itu selain melakukan kaedah penyamaran bagi memastikan tiada pemandu bas melakukan kesalahan ketika memandu,” katanya pada sidang media di Terminal Bas Bersepadu Selatan (TBS), di sini, hari ini.

Aedy turut menegaskan, pemandu dikenakan tindakan saman atau kompaun membabitkan tujuh kesalahan utama itu akan dikenakan mata demerit di bawah Sistem Penalti Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (KEJARA).

Pengguna jalan raya juga diharapkan dapat menjadi sebahagian daripada anggota penguatkuasa dengan melaporkan kesalahan lalu lintas sepanjang tempoh Op Bersepadu.

“Orang ramai boleh menyalurkan aduan menerusi aplikasi MyJPJ melalui menu e-Aduan@jpj atau melalui aduan email JPJ [email protected],” katanya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI