fbpx

[VIDEO] Remaja Bangladesh dalam kontena 6 hari sebab bermain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang kanak-kanak warga Bangladesh dijumpai dan diselamatkan petugas di Pelabuhan Barat selepas terperangkap di dalam sebuah kontena.

KLANG – Seorang kanak-kanak Bangladesh yang terperangkap dalam kontena selama enam hari adalah berpunca selepas bermain dengan rakannya di Pelabuhan Chittagong, Bangladesh.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, perkara itu diketahui hasil keterangan daripada mangsa selepas yang dijumpai dan diselamatkan petugas di Pelabuhan Barat.

Katanya, berdasarkan siasatan mendapati sebuah kapal Mv. Integra telah bertolak daripada Chittagong pada 12 Januari lalu dengan membawa kontena-kontena yang mengandungi muatan barangan am dan tiba di Pelabuhan Barat, Selasa lalu.

Mangsa telah masuk secara haram ke dalam kontena ketika kapal berlabuh di pelabuhan Chittangong.

“Berdasarkan keterangan daripada mangsa menjelaskan telah masuk ke dalam kontena tersebut semasa bermain bersama kawan di Chittagong,Bangladesh.

“Mangsa seterusnya terkunci sehingga dijumpai di Pelabuhan Barat oleh seorang lelaki warga tempatan berusia 43 tahun yang bekerja sebagai operasi perkapalan di pelabuhan itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, tiada sebarang unsur jenayah yang berlaku di dalam kejadian tersebut.

Tambah Hoong Fong, pihaknya telah mengklasifikasikan kes itu untuk dirujuk kepada Jabatan Imigresen bagi pengurusan dokumen mangsa serta penghantaran pulang dengan mengunakan kapal kargo yang sama.

“Justeru, orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat apa jua spekulasi mengenai kes-kes jenayah,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan kanak-kanak itu ditemui lemah setelah dipercayai berada dalam kontena selama enam hari ketika tiba di Pelabuhan Barat, baru-baru ini.

Remaja dikenali Fahim ditemui kira-kira pukul 7.30 malam, Selasa lalu, hasil pemeriksaan terhadap kontena yang dibawa sebuah kapal. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI