fbpx

Suri rumah rugi RM98,670 ditipu scammer Bantuan Prihatin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

ALOR GAJAH – Seorang suri rumah di sini berputih mata selepas wang simpanannya yang hampir RM100,000 lesap gara-gara terperdaya dengan scammer Bantuan Prihatin pada bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, kejadian dilaporkan berlaku pada 25 Disember apabila mangsa yang berusia 42 tahun dihubungi nombor tidak dikenali, 011-1424 5294 mendakwa kononnya dari ibu pejabat Celcom di Kuala Lumpur.

Katanya, dalam perbualan itu, suspek memberitahu kononnya mangsa telah terpilih sebagai penerima ‘Bantuan Prihatin’ dan mengarahkannya mengisi maklumat peribadi menerusi pautan diberikan.

“Mangsa yang tidak mengesyaki kemudian telah menekan pautan diberikan dan disambung ke satu laman web lain untuk mengisi semua butiran dikehendaki termasuk maklumat perbankan.

“Pengadu mengisi maklumat ID pengguna, kata laluan perbankan dalam talian, tarikh luput kad ATM serta nombor CVC kod di belakang kad ATM miliknya,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Tambahnya, sebaik sahaja selesai perbualan, pengadu telah membuat semakan dan mendapati wang simpanan di dalam akaun banknya telah dipindahkan ke beberapa akaun tidak dikenali berjumlah RM98,670.

“Pemindahan itu melibatkan lapan transaksi dan pengadu yang menyedari dirinya gelah ditipu telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah kelmarin.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, kerana kesalahan menipu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI