fbpx

Sarjan maut kereta terbabas masuk gaung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yahaya maut dalam kemalangan di Kampung Sungai Senam, Sik pagi semalam.

SIK – Seorang anggota polis berpangkat Sarjan maut dalam kemalangan di Kampung Sungai Senam di sini pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, mangsa, Yahaya Ahmad, 40, maut di tempat kejadian akibat cedera parah pada bahagian kepala.

Allahyarham yang beralamat di Kampung Pokok Jerai, Kampung Betong, Mukim Jeneri di sini bertugas di Cawangan Pengangkutan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sik.

Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Abdull Razak Osman berkata, kejadian berlaku ketika mangsa memandu kereta jenis Proton Iswara dari rumahnya di Kampung Panchor, Pokok Sena dekat sini menghala ke IPD Sik.

“Apabila sampai di tempat kejadian, mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan terjatuh ke dalam gaung di bahu jalan sebelah kanan jalan.

“Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian. Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya di sini hari ini.

Abdull Razak berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Daerah Sik untuk dibedah siasat sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Pancor Pokok Sena hari ini.

Allahyarham meninggalkan seorang balu dan lima anak yang berusia sembilan bulan hingga 14 tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI