PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir serta hujan lebat di tiga buah negeri hingga pukul 4 petang ini.
MetMalaysia melalui laman sesawangnya memaklumkan, ia melibatkan beberapa kawasan di negeri Perak, Johor dan Sabah.
“Perak dan Johor hanya melibatkan satu daerah iaitu di Hulu Perak dan Pontian.
“Manakala di Sabah melibatkan kawasan Pedalaman (Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat,” katanya. – KOSMO! ONLINE