fbpx

Rafael Nadal kecewa, tapi enggan mengalah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NADAL mendedahkan mengalami kecederaan pinggul yang turut menjadi faktor kekalahan kepada McDonald kelmarin. – AFP

MELBOURNE – Bintang tenis dunia, Rafael Nadal mengakui keadaan mentalnya benar-benar ‘hancur’ selepas tersingkir se­awal pusingan kedua Terbuka Australia kelmarin.

Nadal yang merupakan juara Grand Slam 22 kali dan juara Terbuka Australia 2022, tewas kepada pemain dari Amerika Syarikat, Mackenzie McDonald dengan keputusan 6-4, 6-4, 7-5.

Juara 2009 dan 2022 di Melbourne Park itu mengakui kecederaan pinggul kirinya menjejaskan penampilannya sejak beberapa hari lalu, namun enggan menjadikan ia satu alasan kepada kekalahan tersebut.

Meskipun tewas, Nadal yang bergelut dengan kecederaan tetap memberikan harapan kepada jutaan peminatnya di seluruh dunia dengan menegaskan dia akan terus berjuang dalam sukan tenis.

“McDonald bermain pada tahap yang hebat. Saya berjuang dan mempunyai peluang untuk bangkit, tetapi dia (McDonald) bermain dengan cukup baik.

“Saya akui tidak melakukan­nya dengan baik. Saya penat untuk bercakap tentang kece­deraan. Saya kalah dalam perlawanan itu. Itu sahaja. Saya telah cuba bermain sehingga akhir dan saya hanya mahu menamatkan perlawanan.

“Apa yang boleh saya katakan, saya tidak mahu bersara kerana impian saya adalah untuk menjadi juara bertahan di sini. Tahniah kepada lawan,” kata Nadal.

Nadal juga berharap kecede­raan yang menimpanya itu tidak terlalu teruk hingga memaksa­nya berehat panjang.

“Saya sangat berharap kece­deraan tidak menyebabkan saya meninggalkan gelanggang untuk jangka masa yang lama dan kemudian sukar untuk mendapatkan aksi terbaik semula.

“Saya melalui proses (kece­deraan dan proses pemulihan) ini banyak kali dalam kerjaya dan saya bersedia untuk terus me­lakukannya lagi. Tetapi, itu bukan satu perkara mudah,” tegas Nadal. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI