fbpx

Pokok tumbang, mangsa patah tangan masih trauma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZAMARUL NIZAR (kiri) menunjukkan tangan anaknya Iftikhar Medina yang patah akibat terkena kabel elektrik dalam kejadian pokok besar tumbang di Taman Permainan Balok di Kuantan semalam.

KUANTAN – Kanak-kanak enam tahun yang merupakan mangsa kedua kejadian pokok tumbang dalam kejadian angin kencang di Taman Permainan Balok semalam masih berada dalam keadaan trauma.

Kejadian terbabit menyebabkan mangsa, Iftikhar Medina Zamarul Nizar, 6, mengalami patah tangan kanan dipercayai terkena kabel elektrik selepas pokok besar terbabit tumbang.

Bapanya, Zamarul Nizar Zailani, 26, berkata, anak bongsunya itu masih trauma akibat kecederaan pada lengan kanan dan akan menangis setiap kali melihat lokasi kejadian

“Dia kelihatan masih takut mungkin kerana ini kali pertama kejadian seumpama itu berlaku kepada dirinya.

“Bila pandang laluan ke taman permainan dia akan menangis. Saya dapat bayang dia masih merasakan kejadian semalam,” katanya ketika ditemui di Kampung Balok Baru di sini.

Bercerita lanjut mengenai kejadian, Zamarul Nizar berkata dia yang bekerja sebagai penghantar makanan menyangka anaknya berada di dalam rumah ketika kejadian itu berlaku.

“Sebelum kejadian saya dapati dia sudah pulang ke rumah. Saya ingat dia masih berada di rumah namun tidak tahu dia keluar semula selepas itu. Saya terkejut bila jiran datang mendukung anak saya dalam keadaan cedera.

“Bila saya periksa, tangan kanannya tidak boleh bergerak dan mungkin patah akibat terkena kabel elektrik,” katanya yang terus membawa anaknya ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Dalam kejadian pokok tumbang itu, seorang remaja, Aliya Zahra Mohamad Hasnizam, 14, disahkan meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) selepas dihempap pokok besar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI