fbpx

Negeri di Australia longgarkan syarat tukar jantina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk Queensland tidak perlu lagi menjalani pembedahan penukaran jantina selepas ini jika mahu menukar status gender pada sijil kelahiran. - ABC News

BRISBANE – Pihak berkuasa Queensland di Australia merancang untuk memudahkan orang ramai menukar status jantina pada sijil kelahiran mereka tanpa perlu menjalani pembedahan, lapor portal berita MailOnline.

Pada masa ini, jika penduduk negeri tersebut ingin menukar status gender pada sijil kelahiran, mereka perlu menjalani pembedahan penukaran jantina.

Bagaimanapun, mengikut peraturan baharu diperkenalkan kerajaan Parti Buruh yang dijangka diluluskan, keperluan pembedahan seperti disyaratkan itu akan digugurkan.

Selain itu, ibu bapa yang baru mendapat anak tidak perlu menyenaraikan status jantina pada dokumen bayi yang baru dilahirkan.

Kerajaan negeri Queensland pimpinan Ketua Menteri, Annastacia Palaszczuk menjadi negeri seterusnya di Australia yang menjadikan status jantina sebagai pilihan, sama ada untuk disenaraikan pada sijil kelahiran. Negeri Tasmania melaksanakan langkah serupa pada 2019.

Jika undang-undang baharu itu diluluskan, beberapa perubahan lain juga akan berkuat kuasa.

Antaranya adalah remaja yang berumur lebih 16 tahun tidak perlu lagi mendapat kebenaran daripada ibu bapa masing-masing untuk menukar jantina.

Mereka hanya memerlukan kenyataan sokongan daripada orang dewasa yang telah mengenali mereka sekurang-kurangnya setahun. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI