PETALING JAYA – Sekitar tahun 2008 ke 2010, satu teknologi yang kononnya boleh menjimatkan petrol telah dikeluarkan dan pernah tular dalam kalangan pengguna.
Teknologi tersebut telah diadaptasi ke bentuk kad seperti kad kredit dikatakan mampu menjimatkan petrol jika diletakkan di ‘noose’ petrol ketika pengisian ke kenderaan pelanggan.
Kad penjimatan petrol tersebut kemudiannya dijadikan kepada bentuk perniagaan bagi golongan skim piramid yang mencari ejen jualan mereka.
Malah harga sekeping kad tersebut boleh mencecah kepada harga ratusan ringgit.
Namun, yang menjadi kehairanan apabila kad seumpama itu begitu laku dijual sekitar tahun-tahun terbabit.
Rata-rata orang ramai turut berbicara mengenai hal tersebut dan ramai menyatakan ketika itu rakyat Malaysia mudah tertipu dengan tawaran yang diberikan.
“Betul, aku pun pelik ada yang percaya kad itu. Letak sahaja di kawasan tangki minyak atau noose petrol maka molikul petrol tadi berkembang dan penggunaan petrol jadi jimat.
“Kadang-kadang kalau kenang balik lucu juga masa tu,” ujar Jo Rahman.
“Bukan kad tu sahaja, ada juga jual bantal yang membolehkan penggunanya tak berdengkur. Pelik-pelik la masa tu,” kata Luq Van Daa. – KOSMO! ONLINE