fbpx

Kura-kura ceroboh Lapangan Terbang Sandakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seekor kura-kura yang dikesan cuba menceroboh landasan Lapangan Terbang Sandakan, Sabah baru-baru ini. - Foto ihsan MAHB

PUTRAJAYA- Selepas dua buah lapangan terbang masing-masing di Pahang dan Sarawak diceroboh oleh kura-kura, kini satu lagi terminal udara di Sabah menjadi mangsa terbaharu.

Kali ini, landasan Lapangan Terbang Sandakan pula dimasuki haiwan reptilia itu tetapi kelibatnya berjaya dikesan pasukan petugas di situ.

Menurut hantaran Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) menerusi laman sosial rasminya, kejadian itu bagaimanapun tidak menjejaskan operasi di terminal tersebut.

“Eh, si kura-kura datang! Suka betul dia dengan lapangan terbang ini kan? Baik sudah cik kura-kura jangan lama bergambar di landasan, bahaya,” kata hantaran itu.

Awal bulan lalu, MAHB melaporkan pencerobohan haiwan itu berlaku di landasan Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah, Kuantan manakala sebulan sebelum itu dilaporkan terjadi di Limbang.

Hantaran itu turut menjelaskan bahawa haiwan liar dilarang berada di landasan kerana ia berpotensi menjadi objek asing yang menyebabkan kerosakan pesawat atau disebut FOD.

Ujar MAHB, setiap landasan mestilah berada dalam keadaan bebas daripada unsur FOD sepanjang waktu untuk elak berlaku sebarang kecelakaan ke atas pesawat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI