fbpx

Harga ikan, sotong di Terengganu masih mahal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hisham (kiri) sedang melayan pelanggan di Pasar Chabang Tiga, Kuala Terengganu semalam.

KUALA TERENGGANU – Biarpun keadaan cuaca di negeri ini semakin baik, harga hasil laut seperti ikan, sotong dan udang masih lagi dijual mahal.

Tinjauan di beberapa pasar basah di bandar raya ini mendapati, harga sotong mencecah RM45 sekilogram (kg), ikan kembung (RM20/kg), ikan selar (RM16-RM20/kg), ikan kerisi (RM14-RM16/kg), ikan sardin (RM14/kg) dan ikan tongkol (RM14/kg).

Seorang pengguna, Fauzi Embong, 48, berkata, dia terpaksa mengehadkan pembelian ikan dan hasil laut kerana harganya yang masih melambung.

Menurutnya, harga masih tidak turun walaupun banjir besar sudah lama berakhir pada hujung Disember tahun lalu.

“Dahulu Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) pernah berjanji untuk membantu bawa bekalan ikan dari Pantai Barat bagi menstabilkan harga di ne­geri ini yang terjejas akibat Monsun Timur Laut.

“Begitupun ia tidak berlaku, harga beberapa jenis ikan dan hasil laut masih lagi mahal,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Seorang lagi pengguna, Noraini Rahman, 43, memberitahu, dia sekeluarga telah beralih kepada ikan sejuk beku yang dijual di pasar raya besar kerana har­ganya lebih murah.

“Kami enam beranak tidak mampu untuk makan hasil laut segar pada masa ini.

“Ikan-ikan marhaen seperti sardin, selayang dan kerisi pun sudah mahal dan hanya mampu dibeli sekali-sekala,” katanya.

Sementara itu, seorang peniaga, Hisham Mohamad, 33, menjelaskan, harga hasil laut di Terengganu masih mahal kerana tidak ramai nelayan turun ke laut.

“Kebanyakan mereka biasa­nya masih bercuti ekoran musim tengkujuh masih berlangsung dengan ada harinya laut masih bergelora.

“Kami menjangkakan mereka akan kembali turun ke laut selepas perayaan Chap Goh Mei pada awal bulan depan, sekali gus mampu menstabilkan semula bekalan hasil laut dan har­ganya,” kata Hisham.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI