fbpx

EPL: Newcastle pujuk Milinkovic-Savic

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MILINKOVIC-SAVIC dianggap mampu untuk memberikan nilai tambah pada jentera tengah Newcastle selain mengisi kekosongan Guimaraes yang tercedera. - AFP

LONDON – Laporan sebuah akhbar di Itali mendedahkan bahawa Newcastle United ketika ini sedang mengadakan perbincangan dengan sebuah kelab untuk proses perpindahan pemain sebelum jendela.

Pengendali The Magpies, Eddie Howe merasakan skuadnya masih belum mantap pada bahagian tengah menyebabkan beliau sedang berusaha untuk menambahkan kekuatan di posisi berkenaan sekali gus memberikan impak pada jentera serangan.

Kehilangan Bruno Guimaraes yang mengalami kecederaan buku lali dan terpaksa berehat untuk tempoh beberapa ming­gu menguatkan lagi keinginan Howe mendapatkan pemain baharu sebelum jendela perpindahan musim sejuk ditutup.

Laporan berkenaan menyebut, mereka sedang cuba untuk memujuk Lazio melepaskan bintang Serbia, Sergej Milinkovic-Savic yang dianggap antara pemain tengah terbaik Serie A untuk dibawa beraksi ke Liga Perdana Inggeris.

Milinkovic-Savic berjaya membuktikan kemampuannya sejak tiba di Lazio pada 2015 dan dia berjaya terlibat dalam menghasilkan sekurang-kurangnya 15 gol pada setiap musim bermula 2019 sekali gus kelibatnya mula menjadi perhatian ramai.

Ketika ini, kontraknya bersama Lazio bakal memasuki tempoh 18 bulan terakhir, namun belum bersedia untuk menandatangani kontrak lanjutan ke­rana dipercayai sedang me­nunggu tawaran paling baik.

Pasukan perunding Newcastle dikatakan sudah mengadakan perbincangan bersama pemain berkenaan dan ejennya dan menyatakan hasrat untuk mendapatkannya sebelum 31 Januari, namun Milinkovic-Savic agak keberatan untuk berpindah pada pertengahan musim.

Presiden Lazio, Claudio Lotito mengesahkan bahawa kelab itu tidak berminat untuk melepaskan Milinkovic-Savic pada jendela kali ini yang turut dipantau oleh Arsenal. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI