fbpx

Dua kanak-kanak nyaris rentung diselamat pengawal keselamatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan rumah yang terbakar di Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor.

KUALA SELANGOR – Tindakan pantas seorang pengawal keselamatan berjaya menyelamatkan dua beradik daripada rentung dalam kebakaran di sebuah apartment di Bandar Puncak Alam di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 malam itu, kedua-dua mereka berusia tujuh dan lapan tahun.

Pengarah Bomba Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, berdasarkan maklumat awal semasa kebakaran hanya dua beradik berada dalam rumah tersebut.

Katanya, ibu bapa kanak-kanak itu keluar atas urusan mengambil anak jiran di Banting.

“Seorang sepupu mangsa yang juga jiran mereka terdengar bunyi letupan dan melihat api dari sebuah bilik rumah kanak-kanak itu yang berada di tingkat satu.

“Dia kemudian memanggil pengawal keselamatan yang seterusnya membantu mangsa yang berada di ruang tamu rumah itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Norazam memberitahu, pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 11.33 malam dengan sepasukan 19 anggota termasuk pegawai bersama tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bestari Jaya, Sungai Buloh dan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Saujana Utama bergegas ke lokasi kejadian.

Ujarnya, pemeriksaan mendapati kebakaran itu melibatkan kabinet dan tilam di sebuah bilik kediaman tersebut.

“Api bagaimanapun berjaya dipadamkan pengawal keselamatan dengan alat pemadam api sebelum ketibaan bomba.

“Bomba turut menjalankan pemeriksaan sisa api secara menyeluruh di seluruh kediaman itu. Punca sebenar kejadian masih dalam siasatan,” jelasnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI