PETALING JAYA – Cuaca diramal baik dan cerah di seluruh negara pagi ini.
Ia berikutan tiada sebarang amaran ribut petir serta hujan lebat yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) setakat pukul 9 pagi ini.
Namun, hingga pukul 9 pagi tadi amaran ribut petir serta hujan lebat dikeluarkan MetMalaysia di Sarawak melibatkan kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman (Sri Aman) dan Betong. – KOSMO! ONLINE