fbpx

Anwar hadiri mesyuarat MA63 di Kuching hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara gambar yang dikongsikan Anwar (tengah) sebelum mesyuarat MA63 diadakan di Kuching sebentar tadi.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching semalam dijadual menghadiri mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Mesyuarat tersebut diadakan di Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak yang turut disertai Abang Johari dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

Anwar melalui laman Facebook beliau sebentar tadi turut berkongsikan dua keping foto sebelum mesyuarat tersebut diadakan hari ini.

“Tiba di Dewan Undangan Negeri Sarawak pagi ini untuk Mesyuarat Tindakan Pelaksanaan MA63 bersama Premier Sarawak serta Ketua Menteri Sabah.

“InshaAllah, doakan yang terbaik dari kerjasama persahabatan ini,” tulis beliau. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI