fbpx

Anak mohon cari Che Jusoh, terpisah sejak 20 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Che Jusoh

PETALING JAYA – Selepas pelbagai usaha mencari bapanya tidak berjaya, seorang anak memohon bantuan orang ramai bagi menjejaki Che Jusoh, 67, yang hilang sejak 20 tahun lalu.

Pemilik Twitter @mochinicotine yang juga rakan kepada anak Che Jusoh memberitahu, warga emas itu kali terakhir dilihat oleh orang awam di sekitar kawasan Chow Kit, Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, usaha mencarinya tidak berjaya.

“Rakan saya meminta bantuan orang awam untuk menjejaki ayahnya kerana mereka sudah lama terpisah disebabkan perpisahan kedua orang tua sejak dia masih kecil.

“Dia tidak berapa mengingati wajah ayahnya di realiti. Namun, dia sudah menyemak di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) namun tiada kematian direkodkan dan kad pengenalan juga masih digunakan.

“Jika terserempak, boleh pastikan identitinya dulu supaya kawan saya boleh mengatur perjalanan untuk bertemunya semula,” jelas @mochinicotine meminta bantuan bagi pihak kawannya yang tidak memiliki media sosial itu.

Hantaran tersebut meraih 44,100 jumlah tontonan setakat ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI