PETALING JAYA – Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama masih terkawal hingga tengah hari ini sempena cuti persekolahan dan Tahun Baharu Cina.
Menerusi laporan di Facebook, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), memaklumkan Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) serta Lebuh Raya Pantai Timur 1 (LPT1) dan Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) tidak mengalami sebarang kesesakan.
“Trafik keseluruhannya masih lancar di sepanjang laluan utama lebuh raya KL-KARAK@E8 serta LPT1 & LPT2@E8 termasuk lokasi disekitar Plaza Tol. Selamat memandu,” katanya.
Melalui tinjauan di rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) Lebuh Raya Utara-Selatan juga menyaksikan tiada kesesakan berlaku di pintu keluar dan masuk ibu kota lebuh raya berkenaan. – KOSMO! ONLINE