fbpx

Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Pearly Tan-M Thinaah tepati ramalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AARON-WOOI YIK akan berdepan rutin latihan yang lebih ketat dan ditingkatkan bagi mencetus prestasi terbaik aksi beregu lelaki.

KUALA LUMPUR – Gandingan beregu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Pearly Tan-M Thinaah menepati ramalan apabila menempah slot separuh akhir Terbuka India sebentar tadi.

Aaron-Wooi Yik yang diletakkan sebagai pilihan ketiga kejohanan tidak berdepan masalah untuk menumpaskan rakan senegara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi 21-17, 21-11 selepas hanya memerlukan 31 minit untuk ke separuh akhir.

Lebih manis, ia kemenangan kali keempat Aaron-Wooi Yik selepas enam kali bertemu dengan pasangan profesional itu dan berada di landasan terbaik untuk merangkul gelaran pertama tahun ini.

Kemenangan tersebut menjadi pembakar semangat kepada pasangan negara itu selepas tumbang minggu lalu pada Terbuka Malaysia di pusingan kedua selepas kalah kepada pasangan China, Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi 10-21, 21-23.

Bagaimanapun, pasangan negara itu perlu berhati-hati di pentas separuh akhir kerana mereka akan berdepan sama ada pemenang antara pasangan nombor satu dunia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto dari Indonesia atau wakil Jerman, Mark Lamsfuss-Marvin Seidel.

Sementara itu, Pearly-Thinaah yang kecewa tumpas di pusingan pertama Terbuka Malaysia minggu lalu turut cemerlang apabila mara ke separuh akhir sejurus mencatat kemenangan straight set ke atas pasangan Jepun, Rin Iwanaga-Kie Nakanishi.

Mereka yang diletakkan sebagai pilihan kelapan mengambil masa 44 minit untuk merakamkan kemenangan 21-13, 21-13 di Dewan Tertutup KD Jadhav, New Delhi.

Menanti mereka di separuh akhir ialah pemenang antara pasangan adik-beradik Thailand, Benyapa Aimsaard-Nuntakarn Aimsaard dan gandingan Jepun, Nami Matsuyama-Chiharu Shida. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI