fbpx

500 penduduk dipindah dalam kebakaran perkampungan setinggan di Seoul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bomba bertungkus-lumus memadamkan api dalam kebakaran di kampung Guryong, pagi ini. - Yonhap

SEOUL – Kira-kira 500 orang dipindahkan dari kediaman masing-masing selepas satu kebakaran berlaku di kampung Guryong dalam daerah Gangnam, Seoul, awal pagi ini, lapor akhbar Korea Joongang Daily.

Kebakaran dilaporkan bermula sekitar pukul 6.28 pagi (waktu tempatan) berdekatan sebuah gereja di daerah keempat Guryong, kawasan setinggan terakhir di Seoul, kata pihak berkuasa. Ia kemudian merebak dengan pantas ke daerah kelima dalam masa setengah jam.

Sekitar pukul 7.17 pagi (waktu tempatan), sehingga 400 penduduk di daerah keempat, kelima dan keenam telah dipindahkan.

Terdapat kira-kira 666 isi rumah di perkampungan tersebut.

Jabatan bomba mengerahkan tindak balas kecemasan tahap pertama dan kedua pada pukul 6.39 pagi dan 7.26 pagi (waktu tempatan) serta mengerahkan 19 helikopter untuk memadamkan kebakaran.

Setakat pukul 9 pagi (waktu tempatan), 290 anggota bomba dan pegawai polis serta 58 jentera bomba telah dikerahkan ke lokasi kejadian.

Menurut pihak berkuasa bomba, sekurang-kurangnya 40 buah rumah atau kawasan seluas 1,738 meter persegi telah musnah dalam kebakaran itu.

Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI