fbpx

431 saman dikeluarkan dalam tempoh tiga hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KOTA TINGGI – Sebanyak 431 notis saman pelbagai kesalahan lalu lintas dikeluarkan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi dalam tempoh tiga hari Ops Selamat ke-19 Tahun Baharu Cina dilancarkan.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, kesalahan tertinggi yang direkodkan menerusi operasi tersebut melibatkan kesalahan potong barisan, lesen kenderaan motor tamat tempoh dan tiada perlindungan insurans.

Katanya, kesemua kesalahan berkenaan dikesan dalam operasi dilakukan di Kilometer 3 Jalan Kota Tinggi-Kluang.

“Polis Kota Tinggi tidak akan berkompromi dengan pengguna jalan raya yang dikesan melakukan kesalahan sepanjang operasi tersebut.

“Penguatkuasaan ini dijalankan bagi mengambil tindakan disamping memberi kesedaran terhadap pengguna jalan raya bahawa sikap pentingkan diri dengan mengabaikan peraturan lalulintas boleh mengundang padah dan mengakibatkan berlakunya kemalangan jalanraya dan menjejaskan aliran lalulintas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, operasi kali ini turut memberikan fokus kepada lima kesalahan utama iaitu kesalahan tidak mematuhi isyarat lampu merah, memandu melebihi had laju, mengguna telefon bimbit semasa memandu, memandu di lorong kecemasan dan memotong barisan.

Katanya, operasi dilaksanakan itu juga adalah bertujuan melancarkan perjalanan disamping dapat santuni pengguna jalan raya dan permudahkan perjalanan pada musim perayaan ini.

“Fokus operasi adalah bagi melancarkan lalu lintas dengan meminimumkan kes kemalangan dan mendidik pengguna jalan raya supaya lebih berhemah.

“Kerjasama daripada orang ramai sepanjang operasi ini akan memastikan keselesaan buat pengguna jalan raya dan memastikan kelancaran aliran trafik,” katanya lagi.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI