fbpx

1,547 produk tamat tempoh, rosak masih dijual kepada pengguna

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai Jabatan Kesihatan Negeri Selangor memeriksa barangan di sebuah kedai runcit sekitar Selangor.

SHAH ALAM – Sebanyak 1,547 produk makanan tamat tempoh dan bungkusan yang rosak dikesan menerusi Operasi Keselamatan Makanan sempena perayaan Tahun Baru Cina, baru-baru ini.

Operasi bermula 9 hingga 13 Januari lalu itu turut mengeluarkan lima kompaun berjumlah RM20,000.

Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr. Sha’ari Ngadiman berkata, ini susulan pemeriksaan terhadap 43 premis meliputi pasar raya, pasar mini, kedai borong dan kedai runcit di negeri ini.

Katanya, sebanyak 3,867 produk makanan dan 612 hamper makanan telah diperiksa secara keseluruhannya.

“Hasilnya didapati 132 produk telah tamat tarikh luput manakala 1,415 dikesan mempunyai bungkusan yang rosak seperti tin kemek, berkarat, kembung dan bekas yang rosak.

“Kesemua produk yang bernilai RM6,872.68 itu telah diarah supaya dialihkan daripada rak pameran jualan dan disita mengikut Seksyen 4(1)(f) dan persetujuan pelupusan dibawah Seksyen 4(8), Akta Makanan 1983,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, lima Notis 32B kesalahan dibawah Peraturan 11(1)(j) dan Peraturan 14(9)(b) Peraturan-Peraturan Makanan 1985 telah dikeluarkan semasa operasi ini dengan nilai kompaun RM20,000.

Tambah Sha’ari, pihaknya turut mengeluarkan satu perintah penutupan stor premis sebuah pasaraya selama 14 hari telah dilakukan di bawah Seksyen 11 Akta Makanan kerana didapati premis tersebut tidak bersih.

“Selain itu, sebanyak 33 pensampelan buah limau mandarin telah diambil dan dihantar ke Jabatan Kimia bagi tujuan analisis parameter racun perosak iaitu Organophosphorus (OP), Organochlorine (OC) dan Synthetic pyrethroids (SP).

“Tindakan pendakwaan di mahkamah akan diambil sekiranya keputusan analisis menunjukkan ada perlanggaran residu racun perosak mengikut Peraturan 41, Peraturan-Peraturan Makanan 1985,” katanya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI