fbpx

Zizie Izette makin cantik, tapi tudungnya hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZIZIE IZETTE

SEIRING kehadiran 2023 setiap insan mahu tampil dengan azam baharu malah tidak kurang yang muncul bersama imej lebih segar. Tak kalah lawa dan segar, pastinya Datin Seri Zizie Izette Abd. Samad.

Bekas pelakon juga isteri kepada Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin itu mencuri perhatian dengan penampilannya yang semakin cantik pada usia 44 tahun.

Menerusi paparan dalam Instagram jurusolek terkenal, Datin Saidatulnisa Aminuddin yang berkongsi gambar terkini aktres itu, bukan main lagi kejelitaan Aktres Terbaik Anugerah Skrin 2001 terserlah hasil sentuhannya.

“Sentiasa menakjubkan Datin Seri Zizie Izette. Terima kasih. Persalinan daripada Rizman Ruzaini,” tulis Saidatulnisa.

Sebenarnya, tak hairan pun dengan imej ibu anak lima itu yang menuai pujian. Kulitnya putih melepak dari dulu lagi. Tinggal lagi, kesan solekan membuatkan hidungnya mancung benar. Begitupun ramai juga netizen menegur perubahan Zizie yang kali ini hanya mengenakan topi sehingga menunjukkan rambutnya.

“Tudung dah hilang,” itu antara komen ditinggalkan netizen.

Mizz Lahar tak boleh komen apa-apa. Kita tunggu sahaja tuan punya diri bersuara sebelum buat tuduhan melulu. Tak gitu?

Mizz Lahar: Suka betul dengan kenyataan Sharnaaz Ahmad fasal lelaki yang pergaduhan. Hari ni gaduh esok baik! 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI