fbpx

[VIDEO] Pemancing jumpa mayat wanita terapung di perairan Pulau Perhentian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat wanita yang dijumpai terapung di perairan Pulau Perhentian, Besut, semalam.

BESUT – Seorang pemancing terjumpa satu mayat wanita terapung di perairan Kuala Besut berhampiran Pulau Perhentian di sini, semalam.

Mayat wanita tanpa identiti yang hanya berbaju dan bersarung tangan itu dijumpai pada kedudukan 11 kilometer dari pulau peranginan terkenal terbabit pada pukul 11.30 pagi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintenden Azrol Anuar Nor berkata, pemancing berkenaaan mengambil inisiatif menarik dan mengikat mayat tersebut pada sebuah unjang di perairan itu bagi mengelakkan ia daripada terus hanyut.

“Penemuan tersebut kemudiannya dimaklumkan kepada pihak polis di Balai Polis Pulau Perhentian di sini dan pihak polis hanya dapat mengakses lokasi penemuan penemuan pada pagi ini memandangkan cuaca agak buruk,” katanya di sini, hari ini.

Azrol Anuar berkata, pemeriksaan awal tidak menemui sebarang kecederaan atau unsur jenayah pada tubuh mangsa.

Tambah beliau, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Besut di sini untuk tindakan lanjut.

“Identitinya masih belum diketahui. Sesiapa yang kehilangan ahli keluarga dan kenalan wanita boleh tampil di balai polis terdekat untuk membantu siasatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI