fbpx

Treler filem Pulau dan kandungan dikemuka untuk penapisan berbeza – LPF

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poster filem Pulau

PUTRAJAYA – Lembaga Penapisan Filem (LPF) mendapati terdapat perbezaan antara kandungan treler filem Pulau yang dikongsikan di platform media sosial dengan kandungan yang dikemukakan untuk penapisan.

LPF dalam satu kenyataan hari ini berkata, treler filem berkenaan telah ditayangkan secara online menerusi beberapa platform Internet.

“LPF mengambil maklum akan isu yang berbangkit bagi filem bertajuk Pulau yang semakin mendapat perhatian dalam kalangan masyarakat umum di Malaysia setelah promosi filem ini dimulakan melalui perkongsian poster dan sedutan treler filem menerusi media sosial.

“Treler filem Pulau telah ditayangkan secara dalam talian, maka didapati bahawa kandungan yang ditayang tersebut adalah di luar bidang kuasa LPF,” katanya.

Jelas LPF, filem tersebut adalah merupakan sebuah filem seram dan bukan filem porno seperti yang digembar-gemburkan.

Kata kenyataan itu, LPF melaksanakan tugas berdasarkan Akta Penapisan Filem 2002 [Akta 620] yang menetapkan fungsi penapisan filem dan bahan publisiti filem yang disiarkan, dipamerkan, disebarkan, ditayangkan, diedarkan atau dipancarkan secara fizikal (konvensional) kepada masyarakat umum di Malaysia, kecuali melalui internet.

“Di dalam mengeluarkan sesuatu keputusan ke atas penapisan kandungan filem dan bahan publisiti filem, LPF akan meneliti dan memberikan perhatian khusus berpandukan kepada Garis Panduan Penapisan Filem (GPPF) Kementerian Dalam Negeri 2010.

“Ia merangkumi aspek-aspek seperti keselamatan dan ketenteraman awam, keagamaan, sosiobudaya dan ketertiban dan ketatasusilaan,” ujarnya.

LPF juga sentiasa peka dengan tatasusila serta sosiobudaya masyarakat Malaysia dan melaksanakan penapisan filem sebagaimana yang ditetapkan dalam garis panduan.

“LPF menghargai pandangan dan maklum balas berkenaan dengan penapisan filem di negara ini. LPF juga sentiasa mengalu-alukan pandangan daripada semua pihak terutamanya pandangan yang bersifat konstruktif berdasarkan kepada keseluruhan kandungan sesuatu filem,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI