fbpx

Tetak pekerja restoran kerana ditegur buat bising

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan dua lelaki bersenjatakan parang menetak seorang lelaki di sebuah restoran di Taman Segar Perdana, Kajang, kelmarin.

KAJANG – Gara-gara berang ditegur pekerja kedai kerana membuat bising, seorang lelaki cedera ditetak di tangan dengan sebilah parang oleh dua lelaki di sebuah restoran di kawasan Taman Segar Perdana, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kejadian itu pada pukul 9.25 pagi daripada seorang wanita tempatan yang berada di lokasi kejadian.

Katanya, pengadu memaklumkan terlihat dua lelaki bersenjatakan parang telah menetak tangan seorang lelaki yang berusia 46 tahun di restoran terbabit.

“Hasil siasatan mendapati, kejadian berlaku disebabkan suspek sebelum itu tidak berpuas hati dengan mangsa yang merupakan pekerja di restoran tersebut kerana menegur suspek membuat bising apabila minuman yang dipesan lewat dihantar.

“Kemudian, suspek yang dihalau keluar dari restoran telah datang semula ke premis tersebut dengan membawa senjata parang lalu menyerang mangsa bersama seorang lagi rakan suspek.

“Dalam kejadian ini mangsa telah mengalami kecederaan patah tulang jari telunjuk kiri dan luka di lutut kaki kanan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ekoran kejadian itu, menurut Zaid, pihaknya telah menangkap dua lelaki tempatan berusia antara 44 hingga 47 tahun di Taman Cheras Permata, di sini, sekitar pukul 3 pagi, semalam.

Katanya, semasa tangkapan dibuat, dua bilah parang dan pakaian yang digunakan suspek semasa kejadian dirampas dan seorang daripadanya positif dadah.

“Suspek kini direman selama lima hari sehingga Ahad bagi membantu untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kes tersebut boleh berhubung dengan mana-mana balai polis atau Pegawai Penyiasat Kes, Inspektor Muhamad Ali bin Hamzah di talian 019-8660324 bagi membantu siasatan. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI