fbpx

Selangor peruntuk RM789,560 bantu atlet negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. KHAIRUDDIN (dua dari kanan) menyampaikan peruntukkan kepada atlet kebangsaan dan Selangor pada program Ceria Atlet Selangor 2023.

KERAJAAN Negeri Selangor telah memperuntukkan sebanyak RM789,560 untuk membantu bekas atlet Selangor yang dalam kesusahan menerusi Program Ceria Atlet Selangor 2020 hingga 2023.

Justeru, dengan bantuan tersebut, bekas atlet kelahiran Selangor boleh menarik nafas lega apabila kebajikan mereka terbela kerana pada tahun ini sahaja, Selangor telah memperuntukkan RM199,380 ribu kepada Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb).

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Belia dan Sukan dan Pembangunan, Mohd. Khairuddin Othman berkata, pihaknya kini berharap lebih ramai bekas atlet kebangsaan tampil kehadapan sekiranya berdepan masalah.

“Program Ceria Atlet Selangor iaitu inisiatif dari kerajaan negeri untuk membaikpulih kediaman dan sumbangan barangan perabot.

“Program ini telah memasuki kali keempat dan kali ini kita memfokuskan kebajikan bekas-bekas atlet.

“Dengan bertemakan ‘Hargai Jasa Atlet’, penganjuran program ini adalah sebagai tanda penghargaan atas jasa dan pencapaian bekas-bekas atlet Selangor yang pernah mengharumkan nama Negeri Selangor dan Malaysia.

“Sejak bermulanya program ini pada tahun 2020, peruntukan sebanyak RM789,560 telah disalur bagi merealisasikan objektif program ini.

“Antara bentuk bantuan seperti membaikpulih kediaman dan sumbangan barang perabot yang telah melibatkan seramai hampir 200 bekas atlet,” katanya.

Khairuddin turut berharap atlet negara khusus atlet Selangor yang berdepan masalah dapat terus kehadapan berjumpa dengan Yakeb.

“Saya harap mana-mana bekas atlet kita yang membawa nama Selangor yang berdepan masalah geran tanah, atau pekerjaan terus berjumpa Yakeb dan kita akan jumpa bantu.

“Pelaksanaan program Ceria Atlet Selangor 2023 ini, diharapkan dapat menjadi penanda aras dalam menzahirkan keprihatinan bagi membela kebajikan bekas-bekas atlet ini.

“Seterusnya, jasa dan pengorbanan mereka dalam arena sukan akan terus kekal dihargai oleh Kerajaan Negeri Selangor,” katanya.

Pada majlis tersebut, bekas jaguh berbasikal negara, Abd. Mutalib Mydin menerima pemilikan tanah dari Kerajaan Selangor selepas menetap di kediaman tersebut kira-kira 40 tahun lalu.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI