fbpx

Segerakan pelaksanaan undang-undang, kawal selia ke atas vape

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Terdapat perbezaan ketara antara energy stick dengan produk vape. -Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Peraturan mengawal industri vape sangat diperlukan secepat mungkin untuk memastikan ada kawalan ke atas produk supaya tiada jualan produk dengan reka bentuk yang menarik minat golongan bawah umur. 

Presiden Persatuan Rokok Elektronik Runcit Malaysia (MRECA) Datuk Adzwan Ab Manas berkata, ini dilihat daripada suatu produk vape yang berbentuk kartun dijual di pasaran dan menjadi tular di media sosial baru-baru ini.

 Menurut beliau, produk ini dibimbangi pelbagai pihak termasuk industri kerana ia boleh menarik minat golongan bawah umur. 

“Tindakan menjual peranti yang mampu menarik minat golongan bawah umur adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan membuktikan peraturan diperlukan segera untuk mengawal produk supaya tiada jualan produk dengan reka bentuk yang menarik minat golongan bawah umur. 

“Peranti vape adalah untuk kegunaan orang dewasa dan terutamanya untuk penggunaan perokok tegar dalam usaha berhenti merokok.

“ Oleh itu, peranti itu tidak patut kelihatan menarik minat golongan bawah umur dengan menggunakan karakter kartun,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan.

Adzwan menjelaskan, peniaga dan usahawan harus menjalankan peniagaan dengan penuh tanggungjawab supaya produk tidak menarik minat golongan bawah umur dan memastikan ia hanya terjual kepada pengguna dewasa.

Tambah beliau, industri telah memberikan kata putus kepada pembekal supaya menghentikan penjualan produk tersebut dan produk-produk itu perlu ditarik balik dari pasaran. 

“Peniaga dan pembekal harus membuat tapisan produk sebelum menjualnya di pasaran dan memastikan ia bukanlah satu produk yang boleh menarik minat golongan bawah umur. 

Gambar hiasan

“Jika ada yang berdegil serta masih menjual produk sedemikian, tindakan harus diambil supaya produk ini tidak kekal dalam pasaran tempatan.” 

Selain itu, dalam masa yang sama, kerajaan perlu memperkenalkan peraturan dengan segera untuk mengawal selia industri vape. 

 Pada akhir tahun 2021, Kerajaan telah mengumumkan pencukaian ke atas cecair vape bernikotin akan dilaksanakan sebagai langkah kawal selia dan peraturan juga akan diperkenalkan mengawal industri vape. 

Bagaimanapun, pelaksanaannya telah ditangguhkan sehingga hari ini. 

“Industri berharap kerajaan boleh mengeluarkan peraturan dengan secepat mungkin supaya industri mempunyai hala tuju dan memastikan produk dan aktiviti dalam industri dapat dikawal,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI